fb fb fb fb fb

Kad Pekerja MADANI: Lebih sejuta ahli terima manfaat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat khas pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Ibu Negara/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Mei - Lebih sejuta ahli kesatuan sekerja seluruh negara bakal menerima manfaat menerusi pelaksanaan Kad Pekerja MADANI, yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus di lebih 100 syarikat terpilih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,inisiatif itu bagi menghargai pekerja sebagai tulang belakang pembangunan negara.

"Kad Pekerja MADANI untuk memberikan ruang kepada ahli kesatuan yang ada kad pekerja diberi diskaun bagi pelbagai kemudahan", kata Datuk Seri Anwar dalam amanat khas pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Mengangkat tema 'Pekerja Kesuma Bangsa, Malaysia MADANI' program dihadiri lebih 10,000 peserta terdiri daripada Kesatuan Sekerja, Badan Berkanun dan Wakil Majikan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD