MARANG, 22 Februari-Seorang juruteknik maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 26.5, Jalan Kuala Terengganu -Kuala Berang berhampiran Wakaf Tapai, di sini.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, mangsa, Mohd. Eddy Aziezi Mohd. Shahid, 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Nahas dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas dan dirempuh kenderaan lain.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Nerus.
Seorang lagi penumpang kenderaan lain, cedera ringan.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.