fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Terengganu naik mendadak pagi ini

FOTO HIASAN

KUALA TERENGGANU, 16 Disember- Penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat secara mendadak pagi ini berbanding tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa pengurusan bencana negeri melaporkan seramai 954 penduduk daripada 241 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 6.00 pagi tadi berbanding 400 penduduk pada 12.00 tengah malam tadi.

Dungun dan Kemaman menjadi daerah terbaharu terjejas banjir selepas Setiu dan Hulu Terengganu.

Paling ramai di Hulu Terengganu dengan 431 penduduk ditempatkan di tujuh PPS.

Paras air di empat sungai utama juga mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Telemong, Sungai Langkap, Sungai Setiu dan Sungai Chalok.

SITI AISHAH BINTI MD ISA