fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor, Pahang berkurang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Bilangan penduduk terjejas banjir di Johor berkurang kepada 4,945 orang setakat pukul 10.30 malam tadi berbanding 6,800 orang pada petang.

Menurut portal InfoBencanaJKM, ia membabitkan 1,371 keluarga di Johor.

Kesemua penduduk terjejas banjir ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri tersebut.

"Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya di Johor Bahru menempatkan penduduk paling ramai terjejas iaitu 366 orang.

"Ini diikuti Dewan Arena Segitiga, Kota Tinggi (296) dan SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi (289)," kata portal InfoBencanaJKM.

Sementara itu, di Pahang, seramai 780 orang daripada 231 keluarga terjejas banjir di negeri itu setakat ini.

Jumlah berkenaan berkurang berbanding 862 orang daripada 258 keluarga setakat pukul 3.00 petang tadi.

Menerusi portal tersebut, sebanyak sembilan PPS dibuka di Pahang.

Artikel Berkaitan:
Banjir: Paras bantu penduduk terjejas di Johor
SPM lancar, tiada calon terjejas banjir tercicir
Bank Muamalat hulur bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Johor

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM