fb fb fb fb fb

Banjir: Paras bantu penduduk terjejas di Johor

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menghantar pasukan bantuan ke daerah terjejas banjir di Johor.

AYER KEROH, 11 Januari- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menghantar pasukan bantuan ke daerah terjejas banjir di Johor.

Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata Pasukan Respon Bencana Sokongan (Paras) itu dianggotai 13 pegawai dan anggota, selain memiliki aset logistik seperti lori, kenderaan pacuan empat roda dan bot.

"Yang sekarang masih lagi digunakan untuk operasi. Pada peringkat awal, Isnin lepas kita berada di Kluang membantu APM negeri Johor untuk operasi di daerah Kluang dan pada Selasa pasukan Paras APM Melaka telah digerakkan ke Kota Tinggi untuk membantu APM negeri Johor untuk operasi menyelamat di daerah Kota Tinggi dan masih berada di sana," kata Kamarulsyah kepada pemberita di Pejabat APM Melaka di sini

Tambahnya, di Melaka tiga pasukan Paras bersiap-siaga secara bergilir-gilir untuk memberi bantuan pantas termasuk kepada negeri berdekatan yang terjejas banjir.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM