fb fb fb fb fb

MCMC sokong kerajaan MADANI tiada caj tambahan 5G

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong penuh komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

Menurut MCMC, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengumumkan perkara tersebut dan selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil serta saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

"MCMC akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan.

"Setakat 31 Disember 2023, perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk," menurut kenyataan itu.

Tambahnya, jika terdapat aduan berhubung caj akses 5G, pengguna boleh menyalurkannya menerus portal pengguna MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau menghubungi talian 1-800-188-030.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM