fb fb fb fb fb

Bank Muamalat hulur bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Johor

Bank Muamalat hulur bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Johor

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menghulurkan kit bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir di Johor.

Bantuan tersebut diserahkan oleh Pengurus Wilayah Selatan Bank Muamalat, Mohd Zamri Pardi kepada 100 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Johor iaitu PPS Dewan Raya Kampung Makam, PPS SK Laksamana, Kota Kecil dan PPS SK Tun Dr Syed Nasir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, misi bantuan banjir tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) Bank Muamalat.

“Sebagai sebuah institusi kewangan Islam, Bank Muamalat sentiasa prihatin dan proaktif untuk menghulurkan bantuan serta sumbangan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan membantu komuniti yang terjejas selari dengan komitmen kami dalam membina ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’ komuniti", katanya dalam kenyataan.

“Penganjuran CSR bagi membantu mangsa banjir ini juga sejajar dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan sektor awam dan sektor swasta bekerjasama bagi meringankan beban kewangan dan emosi yang perlu dipikul oleh komuniti terjejas pasca bencana,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

1101 BANK MUA 2Foto Bank Muamalat

ROSLINA BINTI DIN