fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Pahang berkurang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Bilangan penduduk terjejas banjir di Johor berkurang kepada 6,800 orang setakat pukul 3.00 petang tadi berbanding 7,619 pagi.

Menurut portal InfoBencanaJKM, ia membabitkan 1,882 keluarga di negeri tersebut.

Kesemua penduduk terjejas banjir ditempatkan di 44 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Mutiara di Johor Bahru menempatkan penduduk paling ramai terjejas iaitu 538 orang.

"Ini diikuti SK Taman Kota Jaya di Johor Bahru (366) dan SK Batu 3 di Kluang (340)," kata portal InfoBencanaJKM.

Sementara itu, di Pahang, seramai 862 orang daripada 258 keluarga terjejas banjir di negeri itu.

Jumlah berkenaan berkurang berbanding 1,610 setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Menerusi portal tersebut, sebanyak 11 PPS dibuka di Pahang.

Artikel Berkaitan:
Banjir: Jumlah penduduk terjejas pagi ini kekal
Banjir: JAKOA bekerjasama agensi kerajaan hantar bekalan makanan orang Asli

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM