fb fb fb fb fb

Banjir: JAKOA bekerjasama agensi kerajaan hantar bekalan makanan orang Asli

Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah (tengah) ketika sesi penghantaran bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur, Kluang.

KLUANG, 10 Januari- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bekerjasama dengan agensi - agensi kerajaan menghantar bekalan makanan kepada masyarakat orang asli terjejas banjir di di Kahang, di sini termasuk yang terputus hubungan.

Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor berkata, antara lokasi terlibat, ialah Kampung Pucur, yang menempatkan 106 masyarakat orang asli, selain Kampung Sedohok yang melibatkan 177 masyarakat orang asli.

Beliau berkata bantuan bekalan makanan tersebut dijangka dapat menampung keperluan penduduk untuk tempoh seminggu.

"Saya difahamkan kebanyakan penduduk kampung di sini, telah dibawa ke PPS, dan pihak kita dengan kerjasama JKM, kita dah sediakan PPS di situ, dan semalam saya berada di PPS pertama di Kluang, nampak mereka selesa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Misi Bantuan Banjir di Kluang yang disertai Angkatan Tentera Malaysia , Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Polis Diraja Malaysia, di sini, hari ini.

Tambah Sapiah, pihaknya juga akan terus memberi bantuan makanan kepada komuniti orang asli yang terputus hubungan, di kawasan Taman Negara.

ZEHRA BINTI ZAMBRI