fb fb fb fb fb

Jumlah pelaburan diluluskan dari 2020-2023 meningkat kepada RM1.1 trilion

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 16 Disember-Jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2020 hingga 2023 adalah RM1.1 trilion melibatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI).

Nilai tersebut melibatkan tiga sektor utama iaitu perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama.

Menurut Timbalan Menteri  Pelaburan, Perdagangan Dan Industri,  Liew Chin Tong, berdasarkan nilai tersebut juga sebanyak 18,945 projek telah diluluskan dengan potensi peluang pekerjaan baharu sebanyak 487,648.

Manakala lima negeri iaitu Pulau pinang, selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Kedah menjadi penyumbang utama kepada pelaburan tersebut.

"Daripada jumlah tersebut pelaburan asing merupakan penyumbang utama dengan jumlah pelaburan yang di luluskan sebanyak RM624 bilion bersamaan 58.1 %.

"Manakala DDI domestik menyumbang sebanyak RM4.49 bilion bersamaan  41.9 peratus", katanya demikian ketika menjawab pertanyaan ang di kemukan oleh Senator Manolan Mohamad di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Liew turut memaklumkan, Kerajaan kini dalam proses mengubal Kerangka Insentif Pelaburan baharu dalam memberi nilai tambah kepada sektor ekonomi serta peluang pekerjaan ke kawasan yang kurang berindustri

Kerangka tersebut dijangka diumumkan pertengahan tahun hadapan.

"Kerajaan bergantung kepada Pelan perindustrian 2030.

"Ini adalah asas untuk membawa sektor-sektor baharu terutamanya semi konduktor. Kerajaan akan berkerjasama dengan kerajaan negeri.

"Memberikan insentif yang lebih khusus untuk mereka yang membawa pekerjaan ke kawasan-kawasan  yang kurang kawasan industri. Jadi inilah usaha kerajaan untuk memastikan lebih banyak pekerjaan boleh dibawa ke kawasan kurang industri", katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD