fb fb fb fb fb

Julang wacana baik, henti cerca dan kritikan melampau

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Wacana yang baik harus dijulang dan bukannya dicerca dengan kritikan melampau, khususnya melibatkan konteks ayat al-Quran kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar dalam satu catatan di facebook berkata, pandangan beliau berkenaan kisah tujuh Ashabul Kahfi ketika disampaikan dalam satu majlis melibatkan penjawat awam adalah untuk memperingatkan tentang kepentingan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas, amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Namun perkara itu disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain menarik perhatian pengkritik di media sosial berkenaan isu berkenaan termasuk kenyataan seorang pendakwah dalam ceramahnya terhadap Perdana Menteri.

"Saya tahu mulanya sahabat saya Ustaz Azhar Idrus mengupas berdasarkan soalan yang tidak menjelaskan apa-apa, jadi jawapan itu agak keras kerana pada tafsirannya tujuan orang yang menyampaikan pidato itu agak mengelirukan" katanya dalam satu hantaran video di facebook hari ini.

"Sepatutnya budaya wacana yang baik wajar dijulang, bukannya dikritik dan dicerca secara melampau," katanya dalam catatan itu.

Anwar turut menyeru semua pihak supaya menghentikan polemik sebaliknya fokus kepada mesej mengenai keteguhan dan kekentalan iman menerusi kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang membentengi amalan syirik dan kerosakan.

"Ini saya kaitkan juga tentang penafsiran dalam al Quran bukan berkenaan tarikh, tempat namun lebih kepada mesej yang disampaikan.

"Ia mengenai pemuda yang teguh iman kental semangat mereka dan ditambah petunjuk kepada mereka dan diselamatkan," katanya.

Jadi adalah wajar, seluruh umat Islam termasuk penjawat awam mengambil iktibar daripada kisah tersebut merentasi nilai dan akhlak selain meningkatkan mutu kefahaman tentang Islam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI