Ribut petir di beberapa negeri hingga 1 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Amaran ribut petir dikeluarkan di beberapa negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga 1 pagi esok (Sabtu).

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Kedah termasuk Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu, serta seluruh Pulau Pinang dan Perak.
  • Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang dilaporkan mengalami ribut petir.
  • Terengganu dan Pahang terjejas, termasuk Hulu Terengganu serta Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin.
  • Selangor terjejas di Sabak Bernam dan Hulu Selangor; Sarawak dan Sabah melibatkan beberapa kawasan termasuk Kuching, Miri, Limbang dan kawasan Pantai Barat Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Kedah ialah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu, selain seluruh Pulau Pinang dan Perak.

Turut terlibat Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Hulu Terengganu di Terengganu; serta Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin di Pahang.

Di Selangor, kawasan terlibat di Sabak Bernam dan Hulu Selangor; manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri dan Limbang.

Di Sabah pula melibatkan Nabawan, selain beberapa kawasan Pantai Barat termasuk Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.