Johor perkemas modul pengukuhan institusi keluarga bendung gejala sosial

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan/ Foto FB Hasrunizah Hassan

JOHOR BAHRU, 4 Ogos – Johor akan terus memperkemas beberapa modul pengukuhan institusi kekeluargaan bagi membendung peningkatan gejala sosial dalam kalangan
generasi muda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tumpuan kepada pengukuhan keluarga pada pra-perkahwinan, pasangan berumah tangga lima hingga 10 tahun, dan keluarga berumah tangga lebih lama.
  • Memupuk semula nilai-nilai murni dalam keluarga sebagai benteng utama membendung gejala sosial.
  • Merancang memperketatkan kursus praperkahwinan dan modul untuk pasangan dalam tempoh lima hingga 10 tahun perkahwinan.
  • Diharapkan dapat memperkukuh hubungan kekeluargaan serta melahirkan generasi muda berakhlak, berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran semasa.

Usaha itu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan institusi keluarga bermula sebelum perkahwinan, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga antara lima hingga 10 tahun, serta keluarga yang telah berumah tangga melebihi tempoh tersebut.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan berkata pendekatan itu penting bagi memupuk semula nilai-nilai murni dalam keluarga yang dilihat semakin terhakis, sekali gus menjadi benteng utama dalam membendung pelbagai gejala sosial.

“Dari segi media sosial sudah semakin maju dan semakin pantas, tetapi mungkin agak ketinggalan untuk menerapkan semula nilai murni dalam keluarga dan juga masyarakat. Jadi antara perancangannya adalah untuk memperketatkan semula atau memperkemas semula modul berkenaan kursus-kursus praperkhawinan dan juga dalam tempoh lima hingga 10 tahun perkahwinan”, katanya.

Katanya, inisiatif itu diharap dapat memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan melahirkan generasi muda yang lebih berakhlak, berdaya tahan serta mampu menghadapi cabaran semasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program memperkasa ekonomi wanita RATU di Johor Bahru.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.