fb fb fb fb fb

Johor dijangka terima pelaburan RM15 bilion menerusi Taman Pusat Data Hijau YTL

KULAI, 25 Ogos - Johor dijangka menerima pelaburan berjumlah RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun menerusi Taman Pusat Data Hijau YTL di Kulai.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pembinaan taman yang mengaplikasikan penggunaan tenaga solar itu bakal dibangunkan di kawasan seluas 111 hektar.

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

"Dengan ekonomi digital dijangka menyumbang 22.6 peratus kepada KDNK negara menjelang 2025, ini adalah sebahagian daripada pertumbuhan ekonomi yang Johor tidak ingin lepaskan.

"Sesungguhnya, dengan bantuan berterusan MIDA, kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan sebegini, dan membolehkan Johor merealisasikan potensinya untuk menjadi hab pusat data serantau," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pusat Data Sea di Taman Pusat Data Hijau YTL, di sini.

Katanya, Pusat Data Hijau YTL bakal menyediakan kapasiti simpanan sehingga 500 megawatt (MW), manakala Pusat Data Sea bakal menampung kapasiti data sehingga 72 megawatt (MW).

Media Baharu