fb fb fb fb fb

Jerebu: 19 kawasan catat IPU tidak sihat

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober - 19 stesen udara di lapan negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat , pada pukul 4 petang tadi.

Berdasarkan kemas kini di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor dan Bukit Rambai di Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu lebih 160.

(FOTO FAIL)

Turut merekodkan IPU tidak sihat adalah di Nilai (162), Larkin (151), Alor Gajah (153), Bandaraya Melaka (153), Segamat (152), Tangkak (153), Cheras (155), Port Dickson (155), Shah Alam (106) dan Klang (139).

Sementara itu, 44 lagi stesen di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana.

Hanya lima kawasan di tiga negeri merekodkan IPU yang baik iaitu di Langkawi Kedah, Sabah, dan Sarawak.

Media Baharu