Jenazah penyampai SELANGORfm Nor’Ain selamat dikebumikan

Penyampai SELANGORfm, Nor’Ain Muftarharuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Jenazah penyampai SELANGORfm, Nor’Ain Muftarharuddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kira-kira 6.45 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Abu Hurairah, Jalan Ipoh.
  • Allahyarhamah, 44 tahun, banyak menabur bakti dalam bidang penyiaran dan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi.
  • Jenazah dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Sebelum itu, jenazah dibawa ke Masjid Abu Hurairah, Jalan Ipoh, untuk dimandikan dan disolatkan.

Allahyarhamah berusia 44 tahun banyak menabur bakti dalam bidang penyiaran meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah sebelum itu dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat, sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Turut hadir Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan), Datuk Johary Anuar.

Rakan-rakan sekerja serta warga RTM turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.