fb fb fb fb fb

Jenazah anak bongsu Baddrol Bakhtiar selamat dikebumikan

Foto FB Baddrol Bakhtiar

SUNGAI PETANI, 5 Mac- Jenazah anak bongsu pemain bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan.

Jenazah Muhammad Darwisy, 12 bulan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, tengah hari tadi.

Jenazah Muhammad Darwisy sebelum itu disolatkan sendiri bapanya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria.

Terdahulu, Baddrol menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan bahawa allahyarham meninggal dunia di rumah mereka di Sungai Petani, kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

Muhammad Darwisy, yang mempunyai masalah jantung sejak lahir merupakan kembar kepada Dhiya Dinara.

Baddrol dan isteri Nur Izyan Mustafa Khalid, 37 tahun mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Dhiya Daniya, 4 tahun, dan Dhiya Delisha, 9 tahun.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM