Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq selamat dikebumikan di Senawang

Foto BERNAMA

SENAWANG, 13 September – Jenazah juruterbang, Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, selamat dikebumikan kira-kira pukul 6 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Forest Height di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Urusan pengebumian disempurnakan selepas solat jenazah di Masjid Bandar Baru Senawang yang diimamkan bapa allahyarham.
  • Lebih 500 orang hadir memberikan penghormatan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Zulkifli Hasan dan Exco Suhaimizan Bizar.
  • Bapa allahyarham menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan sepanjang urusan pengebumian.
  • Kapten Zainol Afiq antara lima mangsa maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara berhampiran STOLport Long Lellang, Ulu Baram.

Urusan pengebumian disempurnakan selepas solat jenazah di Masjid Bandar Baru Senawang yang diimamkan bapa allahyarham, Bee Sham Ahmad.

Lebih 500 orang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan serta Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri, Suhaimizan Bizar.

Dalam pada itu, bapa allahyarham turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan sepanjang urusan sehingga pengebumian jenazah selesai.

Sepanjang empat hari berada di Sarawak, beliau mendapati masyarakat di kawasan pedalaman yang menjadi lokasi Kapten Zainol Afiq kerap bertugas sangat menyayangi anaknya itu.

“Allahyarham memang anak yang baik, menghormati orang tua dan sangat suka menyebarkan dakwah di kalangan kawan-kawan,” jelas Bee Sham.

Allahyarham Kapten Zainol Afiq antara lima mangsa yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Lapangan Terbang Short Take-Off and Landing (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, pada Selasa lepas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.