fb fb fb fb fb

Jaga kesihatan jantung, cegah penyakit kardiovaskular

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bercakap pada sidang media mengenai Hari Jantung Sedunia di Wisma Bapa Malaysia, Kuching/Foto RTM

KUCHING, 20 September - Masyarakat Sarawak khususnya dinasihatkan menjaga kesihatan jantung bagi mencegah penyakit kardiovaskular.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia berikutan penyakit jantung menjadi penyakit utama yang melanda seluruh dunia.

"Di negeri ini sahaja, berdasarkan statistic daripada Pusat Jantung Sarawak, kira-kira 6,500 prosedur pembedahan dilakukan berkaitan dengan penyakit kardiovaskular.

"Perkara ini amat membimbangkan dan semua pihak perlu peka dengan kesihatan masing-masing," katanya pada sidang media Hari Jantung Sedunia di Wisma Bapa Malaysia Kuching, di sini.

Datuk Amar Dr Sim turut memaklumkan Yayasan Jantung akan mengadakan sambutan Hari Jantung Sedunia pada 29 September ini di Taman Reservoir Kuching.

Katanya, sambutan bertemakan 'Use Heart For Action' itu memberi fokus kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan jantung.

"Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan percuma," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee