fb fb fb fb fb

Iran henti import gandum sehingga Mac 2025

Foto Reuters

DUBAI, 9 Mei- Iran dilapor tidak akan mengimport sebarang gandum sehingga Mac 2025 dan hanya bergantung kepada pengeluaran domestik.

Perkara itu disahkan oleh seorang timbalan di kementerian pertanian pada Khamis menerusi wakil Agensi Berita Pelajar Iran, Alireza Mohajer.

"Antara Mac 2023 dan Mac 2024, pengeluaran gandum domestik telah mencecah 10.5 juta tan dan kami hanya perlu mengimport 1 juta tan gandum," kata Alireza Mohajer sambil menambah bahawa negara menjangkakan untuk berdikari dalam pengeluaran gandum untuk tahun ini.

Pengeluaran gandum domestik Iran mencatatkan jumlah yang berbeza, bergantung kepada taburan hujan.

Akibat kemarau, Iran dalam beberapa tahun bergelut dalam menyediakan bekalan gandum negara.

Namun, penyusutan bekalan mendesak Iran mengimport hasil gandum sehingga mencapai rekod tertinggi.

"Paras keluaran domestik jatuh serendah 4.5 juta tan dan import meningkat setinggi tujuh juta tan antara Mac 2021 dan Mac 2022."

"Namun, antara Mac 2022 dan Mac 2023, pengeluaran gandum domestik ialah 7.5 juta tan manakala import ialah tiga juta tan," katanya.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM