IPT perlu ubah pendekatan latihan graduan ikut keperluan industri

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ RTM

DURIAN TUNGGAL, 5 Novenber- Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memberi penekanan lebih besar kepada pendidikan vokasional serta gabungan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan kemahiran baharu bagi memenuhi perubahan keperluan industri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sesuaikan pendekatan pendidikan dan latihan dengan keperluan generasi baharu dan kemajuan teknologi.
  • Gunakan bentuk, kaedah latihan dan pedagogi berbeza untuk menghadapi perubahan pesat.
  • Kemasukan pelabur besar membuka ruang pekerjaan luas untuk tenaga kerja tempatan.
  • Tingkatkan tahap kepakaran pekerja agar boleh mengisi bidang pengkhususan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan pendidikan dan latihan sedia ada perlu disesuaikan dengan keperluan generasi baharu yang berdepan perubahan pesat dalam teknologi serta perkembangan bidang kepakaran baharu.

Beliau berkata langkah itu penting ketika Malaysia terus menerima kemasukan pelabur berskala besar, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada tenaga kerja tempatan untuk mengisi keperluan industri.

“Generasi baharu ini memerlukan bentuk dan kaedah latihan serta pedagogi yang agak berbeza daripada sistem pendidikan lazim yang kita lalui.

“Sebab itu, saya mahu memberi penekanan kepada bidang vokasional dan gabungan STEM serta kemahiran dalam bidang kepakaran baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata walaupun tenaga kerja tempatan mendapat pengiktirafan pelabur, tahap kepakaran mereka perlu dipertingkat supaya penglibatan dalam sektor industri dapat diperluas kepada bidang pengkhususan tertentu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.