fb fb fb fb fb

Insiden resort runtuh, seorang lagi mangsa meninggal dunia

BESUT, 12 November- Mangsa kedua yang diselamatkan dalam insiden runtuhan bangunan resort di Pulau Perhentian, Besut meninggal dunia.

Bahul Jamil, 42 tahun meninggal dunia pada pukul 2.14 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan otot yang teruk akibat tersepit di bawah runtuhan.

"Kecederaan otot itu menyebabkan protein dan garam daripada otot yang rosak bocor dan masuk ke dalam darah.

"Situsasi itu akan meracuni jantung dan buah pinggang sehingga menyebabkan kegagalan jantung," katanya kepada pemberita di sini.

Mangsa diselamatkan pasukan penyelamat pada khamis sebelum dihantar ke Hospital Besut.

Artikel Berkaitan:
Mangsa terakhir resort runtuh di Pulau Perhentian ditemukan
Operasi SAR mangsa runtuhan bangunan resort diteruskan
Bomba teruskan kerja mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan resort

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM