fb fb fb fb fb

Mangsa terakhir resort runtuh di Pulau Perhentian ditemukan

Resort dalam pembinaan runtuh di Pulau Perhentian, Besut

BESUT, 10 November- Mangsa terakhir runtuhan bangunan resort di Pulau Perhentian Besut berjaya ditemukan pukul 2.08 minit petang tadi dan dibawa keluar.

Usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih sejam disebabkan sisa runtuhan yang menghempap mangsa.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata mangsa terakhir dipercayai Suparno berdasarkan maklumat rakan sekerja.

Bagaimanapun, maklumat sebenar hanya akan disahkan selepas bedah siasat dijalankan.

"Syukur dan alhamdulillah operasi menyelamat bangunan yang runtuh di Pulau Perhentian telah selesai dan berjaya cover ketujuh-tujuh mangsa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat", katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.

Dalam kejadian 7.34 pagi semalam, tujuh pekerja Malee Beach Resort terperangkap selepas bangunan restoran runtuh.

Empat daripada mereka berjaya menyelamatkan diri lebih awal, manakala tiga tertimbus di bawah runtuhan. Dua mangsa iaitu Ramli 48 tahun dan Jamil 33 tahun berjaya diselamatkan pasukan penyelamat tengahari semalam.

Tapak pembinaan yang mula dibina pada 2020 dihentikan operasi serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

ROSLINA BINTI DIN