fb fb fb fb fb

KPDN keluarkan 6 notis, terima aduan kenaikan harga barang bukan kawalan

Foto hiasan

KUANTAN, 10 November- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan enam notis berkaitan kenaikan harga barangan bukan dalam senarai kawalan di Pulau Pinang menjelang sambutan Deepavali pada hujung minggu ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata, KPDN telah menerima aduan daripada Persatuan Hindu Pulau Pinang berhubung kenaikan harga 29 unit simpanan stok (SKU) yang di luar kewajaran.

Ia melibatkan barang seperti serbuk kari ikan timbang, cili kering, tepung gandum, tepung beras, ketupat dan minyak sapi.

'Di Pulau pinang ada aduan oleh Penang Hindu Association, ada 29 unit simpanan stok (SKU) yang naik, menurut mereka di luar kewajaran. Jadi kita sudah mengeluarkan sebanyak enam notis, iaitu lima di Butterworth, satu di Timur Laut", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selepas tinjauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di sebuah pasaraya di Kuantan, Pahang.

ROSLINA BINTI DIN