fb fb fb fb fb

Operasi SAR mangsa runtuhan bangunan resort diteruskan

Cuaca hujan menyukarkan usaha pencarian mangsa.

BESUT, 10 November- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa runtuhan sebuah resort yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian diteruskan.

Usaha pencarian yang dihentikan seketika pada pukul 3.00 pagi tadi disambung semula pada pukul 8.00.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata ketika ini kerja-kerja menyelamat giat dijalankan dengan penugasan tiga pasukan.

"Pasukan A menebuk lubang di aras dua, Pasukan B membuat pemantauan di kawasan sekitar runtuhan manakala pasukan C sedang memunggah sisa konkrit yang dipecahkan oleh Pasukan A.

"Cuaca hujan menyukarkan usaha pencarian mangsa.

"Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mengesan petunjuk lokasi mangsa terakhir berada," kata Abdul Rozak kepada pemberita di sini.

Artikel Berkaitan:
Bomba teruskan kerja mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan resort

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM