fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir perlu patuhi garis panduan kesihatan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 November- Penduduk terjejas banjir diingatkan agar sentiasa mematuhi garis panduan kesihatan yang diberikan pihak berwajib bagi mengelak dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit.

Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Awam Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr.Mas Ayu Said berkata  penduduk terjejas banjir perlu juga peka dan menjaga kebersihan makanan dan minuman.

Jelas Mas Ayu, antara penyakit berjangkit yang boleh dihadapi ketika banjir adalah demam kepialu, keracunan makanan, kolera dan taun.

Katanya, setiap penyakit memberi gejala dan komplikasi berbeza.

"Memang apabila musibah melanda semua orang akan merasa tertekan dan murung. Jadi sekiranya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), anda berasa tertekan, sila kongsi kerunsingan anda kepada orang yang dipercayai. Sekiranya tidak boleh tidur memikirkan masalah dan sebagainya, perlu memaklumkan kepada pihak PPS kerana sesetengah simptom itu perlu mendapatkan rawatan sewajarnya," katanya selepas menjadi tetamu dalam program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM