
AYER MOLEK, 13 Jun – Kira-kira 1,500 pertubuhan belia di seluruh negara menerima geran dan mengikuti kursus keusahawanan menerusi inisiatif Sejati MADANI X Belia, setakat ini.
- Kementerian yakin sasaran penyertaan 2,500 pertubuhan belia mampu dicapai menjelang hujung tahun.
- Inisiatif memperluas peluang keusahawanan bagi kumpulan sasar untuk menjana pendapatan persatuan masing-masing.
- Dr Mohammed Taufiq Johari menyatakan perkara itu selepas sesi town hall Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi.
- Di Melaka, kira-kira 30 permohonan diterima melibatkan pertanian, pelancongan dan ekonomi komuniti.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata berikutan sambutan menggalakkan,kementerian yakin sasaran penyertaan 2,500 pertubuhan belia mampu dicapai menjelang hujung tahun ini.
“Inisiatif yang diperluaskan itu membolehkan kumpulan sasar membangunkan aktiviti keusahawanan yang boleh menjana pendapatan kepada persatuan masing-masing,”katanya selepas sesi town hall Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) di Kampung Paya Redan, di sini.
Di Melaka, kira-kira 30 permohonan diterima melibatkan pelbagai projek keusahawanan termasuk sektor pertanian, pelancongan dan ekonomi komuniti.