
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pusingan keempat rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) telah berakhir pada 12 Jun.
RINGKASAN BERITA AI
- Kedua-dua pihak komited mencapai hasil seimbang yang memberi manfaat kepada Malaysia dan Kesatuan Eropah.
- Perjanjian dijangka membuka ruang lebih luas untuk perdagangan, pelaburan, peluang pekerjaan, inovasi dan pertumbuhan mampan.
- Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa) MITI Datuk Mastura Ahmad Mustafa.
Menurut kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), rundingan itu diteruskan dengan komitmen kedua-dua pihak untuk mencapai hasil yang seimbang serta memberi manfaat kepada Malaysia dan Kesatuan Eropah.
“Perjanjian berkenaan dijangka membuka ruang lebih luas kepada perdagangan, pelaburan, peluang pekerjaan, inovasi serta pertumbuhan mampan,” menurut kenyataan itu.
Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa) MITI, Datuk Mastura Ahmad Mustafa.