fb fb fb fb fb

Inisiatif RIBI, lebih 300 rumah ibadat telah terima manfaat

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Lebih 300 rumah ibadat bukan Islam telah menerima manfaat daripada Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, beliau turut mengalu-alukan pentadbir rumah-rumah ibadat bukan Islam supaya membuat permohonan bagi memanfaatkan peruntukan yang disediakan di bawah inisiatif tersebut.

Permohonan masih dibuka secara dalam talian, sehingga Jun tahun ini.

"Jadi, saya di sini ingin menggesa pihak-pihak yang memerlukan peruntukan sama ada untuk kerja-kerja tambah baik dan naik taraf, boleh hantar permohonan mereka secara dalam talian kepada KPKT sebelum 30 Jun ini."

"Usaha ini menunjukkan hasrat Kerajaan Madani untuk membantu semua agama dalam negara kita," kata Teo kepada pemberita selepas membuat lawatan mesra sempena sambutan Hari Wesak di Wisma Buddhist, Jalan Klang Lama, di ibu negara.

Inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu merupakan antara komitmen Kerajaan Madani dalam menyokong kepelbagaian agama, bangsa dan budaya di Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM