
KLUANG, 26 Jun – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntukkan RM200 juta bagi melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara untuk tempoh empat tahun sejak 2023.
- 1,478 permohonan diterima melalui Sistem e-RIBI, nilai keseluruhan melebihi RM279 juta, mencerminkan keperluan berterusan komuniti.
- KPKT peruntuk RM3.14 juta bagi penyelenggaraan 27 RIBI di Johor, termasuk pembinaan baharu, baik pulih dan pengubahsuaian.
- Inisiatif menegaskan komitmen kerajaan memelihara kebebasan beragama, memperkukuh perpaduan dan memastikan agihan peruntukan adil serta telus.
Menterinya Nga Kor Ming berkata inisiatif itu meliputi kerja-kerja penyelenggaraan gereja, gurdwara, kuil Hindu, tokong dan juga persatuan lain, yang menjadi bukti nyata komitmen kerajaan MADANI berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat.
“Dengan semangat tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir, kita mahu pastikan supaya dalam usaha kita membina semula negara kita (tidak kira) Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan-Dusun, kita sebagai sebuah keluarga bersifat penyayang, saling hormat-menghormati, saling sayang-menyayangi.
“Sebanyak 1,478 permohonan telah diterima melalui Sistem e-RIBI dengan nilai keseluruhan melebihi RM279 juta, sekali gus mencerminkan keperluan berterusan komuniti terhadap penyelenggaraan dan penambahbaikan premis keagamaan terbabit,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI Negeri Johor di Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Luan Khor, di sini sempena siri jelajah Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 Tahun 2026
Dalam perkembangsan sama, KPKT memperuntukkan sebanyak RM3.14 juta bagi penyelengaraan 27 buah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negeri Johor, tahun ini.
Peruntukan tersebut merangkumi kerja-kerja pengubahsuaian serta penyelenggaraan, pembinaan baharu dan baik pulih bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna rumah ibadat tersebut.
Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata peruntukan berkenaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memelihara kebebasan beragama, memperkukuh perpaduan selain memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada menikmati manfaat pembangunan.
“Kerajaan MADANI tidak melihat pembangunan melalui lensa kaum atau agama semata-mata, sebaliknya memastikan setiap komuniti mendapat manfaat secara adil dan saksama demi memperkukuh perpaduan negara. Kepelbagaian yang menjadi identiti Malaysia perlu terus dipelihara dan diraikan sebagai kekuatan yang menyatukan rakyat.
“KPKT akan terus memantau agar inisiatif dapat dilaksanakan secara adil dan telus bagi memastikan peruntukkan diagihkan secara adil dan saksama kepada RIBI yang layak,” katanya.
Dalam pada itu, Nga memaklumkan Johor telah menerima peruntukan keseluruhan bernilai RM18.75 juta sejak 2023 hingga 20 Mei lepas yang memberikan manfaat langsung kepada 154 buah RIBI.
Sejak tahun 2023 hingga Mei lalu, sejumlah 18.75 juta ringgit telah disalurkan bagi memberi manfaat kepada 154 RIBI seluruh negeri Johor.