fb fb fb fb fb

Indeks harga simen meningkat

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 7 April- Indeks harga seunit simen telah meningkat 1.1% pada Mac 2023 berbanding Februari tahun sama.

Peningkatan itu dilihat lebih perlahan berbanding dua bulan lepas.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan, penyumbang utama kenaikan harga bagi pasaran simen adalah peningkatan kos pengeluaran yang masih berterusan.

Ini meliputi peningkatan harga bahan mentah seperti batu kapur, arang batu, tenaga dan kos penghantaran.

Selain itu, indeks harga seunit besi turut mencatatkan peningkatan yang lebih kecil iaitu 0.9% berbanding Februari 2023.

Peningkatan indeks harga besi adalah seiring dengan trend peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global.


(Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin)

Media Baharu