KUALA NERUS, 23 Disember- Terengganu mula dilanda hujan lebat sejak pagi tadi, namun setakat pukul 4.00 petang tadi tiada kawasan terjejas banjir.
Tinjauan dilakukan sekitar bandaraya Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mendapati hujan lebat berserta angin kuat berlaku termasuk di sepanjang Pantai Seberang Takir.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Ir Hanizan Deraman ketika dihubungi memaklumkan, "paras air sungai utama di Terengganu."
Bagaimanapun pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di semua stesen utama di seluruh negeri itu.