KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini melancarkan Pelan Pengurusan Fasa Keluar HCFC (HPMP) Fasa III.
Ia bertujuan untuk menghapuskan semua penggunaan HCFC di Malaysia menjelang 2030, kecuali untuk peruntukan 2.5 peratus bagi tujuan penyelenggaraan sehingga 2040.
"Kita telah lihat pemulihan dalam lapisan ozon bumi dan dijangka akan pulih sepenuh menjelang tahun 2060. Jadi apa yang saya tekankan pasal perubahan iklim ini menjadi contoh walaupun kita rasa benda ini sukar tapi kalau negara negara di dunia dapat bertindak maka kita dapat capai sasaran kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 di KLCC.
Tambahnya, inisiatif utama HPMP III adalah melatih lebih 10,000 juruteknik servis, memperbaiki rangka kerja kawalan dan penguatkuasaan, serta mempromosikan penggunaan semula bahan refrigeran melalui inisiatif Recycle and Reclaim dalam sektor penyejukbekuan dan penyaman udara.
Pelaksanaan HPMP III dijangka memberi impak besar terhadap perlindungan lapisan ozon, selain dari memperkenalkan teknologi mesra alam, dan meningkatkan kecekapan tenaga.
Selain, akan mencipta peluang pekerjaan dalam teknologi hijau dan perkhidmatan, termasuk peningkatan kemahiran juruteknik dan pegawai penguatkuasa, sekali gus mempromosikan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.