Harga rumah mampu milik di Melaka kekal

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) menyampaikan bantuan bina baharu rumah kepada penerima Katijah Ahmad (dua, kanan) sempena Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Parlimen Jasin dan Dewan Undangan Negeri Rim pada 21 Jun 2026/Foto BERNAMA

AYER KEROH, 22 Jun – Kerajaan Negeri Melaka komited mengekalkan harga rumah mampu milik kepada rakyatnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nisbah kemampuan pemilikan rumah Melaka sekitar 3.27 berbanding purata nasional 4.39.
  • NAPIC melaporkan Melaka mencatatkan harga jualan rumah terendah di Malaysia pada suku pertama 2026.
  • Lebih 1,100 rakyat memiliki kediaman menerusi skim sewa untuk dimiliki di PPR Krubong dan PPR Tehel.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kadar pemilikan rumah di Melaka juga mencatatkan nisbah kemampuan sekitar 3.27 berbanding purata
nasional 4.39.

Menurut Laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Melaka menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) mencatatkan harga jualan rumah paling rendah di Malaysia bagi suku pertama 2026.

“Melaka terus mencatatkan harga pasaran rumah terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan oleh NAPIC pada suku pertama 2026.

Daripada jumlah itu, lebih 1,100 rakyat telah memiliki kediaman melalui skim sewa untuk dimiliki di Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong dan PPR Tehel,” jelasnya.

Katanya, pencapaian itu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri satu keluarga satu rumah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bulan Jun 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Hadir sama, pimpinan kerajaan negeri dan kakitangan jabatan kerajaan negeri Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.