
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan lapan Akta, yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 dari 19 Januari hingga 3 Mac lepas .
- Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkannya sebelum sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan bermula.
- Empat Akta diperkenankan: Perolehan Kerajaan 2025, Imigresen (Pindaan) 2025, Pasport (Pindaan) 2025 dan RUU Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa 2025.
- Empat lagi Akta diperkenankan termasuk RTS Link Johor Bahru-Singapura 2026 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026.
- RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 dipersetujui Dewan Negara dengan pindaan kepada Fasal 11.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkannya, sebelum sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan bermula pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Akta diperkenankan adalah Akta Perolehan Kerajaan 2025, Akta Imigresen (Pindaan) 2025, Akta Pasport (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.
Turut diperkenanka, Akta Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura 2026, Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026, Akta Kualiti Alam Sekiling (Pindaan) 2026 dan Akta Perbekalan Tambahan (2025) 2026.
Sementara itu, Tan Sri Johari dalam pemasyhurannya memaklumkan, Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 telah dipersetujui oleh Dewan Negara, namun dengan pindaan kepada Fasal 11.