
KANGAR, 15 November – Hampir 500 warga kerja Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) bersama keluarga menyertai program Ukhuwah Day UniSIRAJ 2026 yang julung kali dianjurkan universiti itu pada Sabtu.
- Program bertujuan mengeratkan silaturahim warga kerja serta memberi ruang merehatkan minda daripada tekanan kerja.
- Naib Canselor berkata penganjuran menyediakan pelbagai pengisian menarik untuk menggalakkan interaksi dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan.
- Diharapkan kejayaan program menjadi pencetus kesinambungan tradisi kekeluargaan serta memperkukuh semangat berpasukan demi kesejahteraan organisasi.
- Antara tarikan ialah hidangan percuma, sukaneka dan aktiviti kekeluargaan serta cabutan bertuah menawarkan barangan elektrik dan perkakas rumah.
Program yang berlangsung di Arena Futsal, Kompleks Sukan Negeri Perlis itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja selain memberi ruang kepada mereka merehatkan minda daripada tekanan kerja.
Naib Canselor UniSIRAJ Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata penganjuran program itu turut menyediakan pelbagai pengisian menarik bagi menggalakkan interaksi dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga universiti.
Beliau berkata kejayaan penganjuran edisi sulung itu diharap menjadi pencetus kepada kesinambungan tradisi program kekeluargaan pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh semangat berpasukan demi kesejahteraan organisasi.
Antara tarikan program ialah penyediaan pelbagai hidangan makanan secara percuma termasuk kuey teow goreng, mi goreng, churros, aiskrim, minuman, apam balik dan pasta.
Kemuncak kemeriahan turut diserikan dengan pelbagai acara sukaneka serta aktiviti kekeluargaan yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dan orang dewasa.
Program itu turut menyaksikan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah kepada peserta termasuk barangan elektrik, perkakas rumah dan barangan eksklusif.