
PUTRAJAYA, 8 Julai – Kerajaan memutuskan tiada keperluan untuk meningkatkan had usia persaraan penjawat awam buat masa ini.
- Had umur persaraan penjawat awam kekal pada 60 tahun.
- Keputusan diumumkan oleh jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, dalam kenyataan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri.
- Caruman 0.75% bagi Skim LINDUNG 24 Jam tidak lagi mandatori, dibuat secara sukarela serta-merta; KESUMA akan keluarkan kenyataan lanjut.
Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil menerusi kenyataan memaklumkan keputusan dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, sekali gus menetapkan had umur persaraan bagi penjawat awam kekal, 60 tahun.
“Sehubungan itu, had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada umur 60 tahun,”menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Jemaah Menteri memutuskan caruman tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dibuat secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.
“Kenyataan lanjut mengenai keputusan itu bakal dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),”jelasnya.