fb fb fb fb fb

Gudang sisa bahan kimia musnah terbakar di Port Dickson

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 13 April- Sebuah gudang sisa bahan kimia berjadual milik Cenviro Sdn Bhd di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson terbakar, semalam.

Penolong Penguatkuasa Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Muhammad Syazwan Tajuddin berkata gudang di Pusat Kualiti Alam itu musnah dalam kebakaran tersebut.

"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pada pukul 6.00 petang.

"Empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan 66 anggota.

"Kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.30 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kebakaran menyebabkan asap hitam dan tebal di kawasan-kawasan berhampiran," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM