fb fb fb fb fb

Gubal RUU kekalkan kerajaan, jamin kestabilan negara - Ahmad Maslan

Foto BERNAMA

PONTIAN, 14 Januari- Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) baharu, bagi memastikan sebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal, dilihat penting untuk menjamin kestabilan negara.

Ahli Majlis Kerja Tetinggi (AMK) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau menyokong cadangan tersebut dan melihat ia perlu diperhalusi pihak berkaitan terutama Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, turut menyokong cadangan Perdana Menteri untuk pihak berkaitan, membuat usul percaya atau tidak percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada persidangan akan datang.

"Saya kira ia penting untuk memberikan kestabilan kepada kerajaan pada masa akan datang supaya tidak berlaku seorang YDP Agong ada empat orang perdana menteri."

"Dulu seorang perdana menteri, empat YDP Agong. Namun, sekarang ini sudah jadi terbalik," kata Ahmad kepada pemberita semasa lawatan kerja rasmi beliau ke JKR Pontian.

Kestabilan kerajaan juga dapat menjamin pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang dirancang untuk rakyat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM