fb fb fb fb fb

"GreenCity AR iPad Challenge", pertandingan reka bentuk bandar mampan

Pertandingan yang julung kali diadakan itu merupakan kolaborasi antara UDA dengan Apple Professional Learning Malaysia (APLM) dan UKM Pakarunding

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Seramai 242 pelajar dari 25 pusat pengajian tinggi tempatan bersaing dalam ‘GreenCity AR iPad Challenge: Shaping Sustainable Urban Cities’ anjuran UDA Holdings Berhad (UDA).

Ini merupakan pertandingan reka bentuk bandar mampan dalam ‘Augmented Reality’ (AR).

Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Korporat Kumpulan Uda Holding Berhad, Reza Huzairi Zainudin berkata pertandingan yang julung kali diadakan itu merupakan kolaborasi antara UDA dengan Apple Professional Learning Malaysia (APLM) dan UKM Pakarunding.

"Ini merupakan pertandingan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar agar lebih kreatif, lebih inovatif terutamanya untuk meneroka perkara baharu seperti AR," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, di sini.

Juara pertandingan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM9,000 dan RM6,000.

Penerima saguhati pula mendapat RM1,800 bagi setiap kumpulan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN