KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud berlaku di Mindanao, Filipina pada 7.03 pagi hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa kuat melanda Mindanao, Filipina pada pagi hari.
- Pusat gempa di koordinat 9.8°N, 126.2°E, sekitar 76 km timur Surigao City.
- Kedalaman gempa dianggarkan 52 km.
- METMalaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian.
- Tidak terdapat ancaman tsunami bagi Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 9.8 darjah utara dan 126.2 darjah timur, kira-kira 76 kilometer (km) timur dari Surigao City, Filipina.
Gempa bumi dengan kedalaman 52 km itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.