Gempa bumi kuat 6.2 magnitud di Halmahera, Indonesia

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 10.31 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa berpusat pada koordinat 1.8 darjah Utara dan 127.4 darjah Timur dengan kedalaman 127 km.
  • Pusat gempa terletak kira-kira 116 km utara Ternate, Indonesia.
  • METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berdasarkan penilaian awal.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa tersebut berpusat pada koordinat 1.8 darjah Utara dan 127.4 darjah Timur, kira-kira 116 kilometer (km) utara Ternate, Indonesia dengan kedalaman 127 km

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berdasarkan penilaian awal,” menurut kenyataan METMalaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.