fb fb fb fb fb

Gempa 5.4 skala Richter landa Mindanao

Gempa berlaku pada kedalaman 20km kira‑kira 106km di tenggara Davao, Filipina - MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter dilaporkan melanda kawasan Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada koordinat 6.3° utara dan 126.4° timur, kira‑kira 106 kilometer (km) di tenggara Davao, Filipina.

Menurut MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK