Garis panduan pencipta kandungan digital dimuktamadkan awal 2027

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 11 Oktober – Garis panduan pencipta kandungan digital dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya awal 2027 bagi menggalakkan penghasilan kandungan lebih berkualiti dan bertanggungjawab.

RINGKASAN BERITA AI
  • Draf garis panduan dibuka untuk maklum balas orang ramai sehingga 24 Oktober.
  • Pendekatan kawal selia kendiri diutamakan dahulu, dilaksanakan berperingkat sebelum menilai perlunya peraturan atau undang-undang.
  • Perbincangan Influence with Responsibility di Sabah dihadiri 60 pempengaruh untuk galakkan kandungan bertanggungjawab.
  • Inisiatif Ubat Melalui Pos mula 1 Oktober, hantar ubat ke rumah; kos penghantaran ditanggung MCMC. Mohon melalui MyUbat tiga minggu sebelum bekalan habis.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, draf garis panduan itu masih dibuka untuk maklum balas orang ramai sehingga 24 Oktober ini.

Pendekatan kawal selia kendiri akan diutamakan terlebih dahulu sebelum keberkesanannya dinilai bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan.

“Ada pihak yang mencadangkan supaya perkara ini dijadikan undang-undang atau peraturan agar dapat dikuatkuasakan.

“Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendekatan secara berperingkat, bermula dengan garis panduan bagi menggalakkan kawal selia kendiri sebelum menilai perkembangannya dan menentukan langkah seterusnya” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Influence with Responsibility – Sabah Content Creators Dialogue 2026 di sini yang dihadiri 60 pempengaruh.

Dalam perkembangan lain, pesakit susulan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan kini boleh menerima bekalan ubat terus ke rumah menerusi inisiatif Ubat Melalui Pos dengan kos penghantaran ditanggung Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Inisiatif yang bermula pada 1 Oktober itu bertujuan memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat yang telah dijadualkan tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.

Permohonan tersebut boleh dilakukan menerusi aplikasi MyUbat dan permohonan mesti dilakukan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum bekalan ubat sedia ada habis.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.