FAMA Perlis sumbang 1.5 tan buah kepada atlet antarabangsa

Foto Media Istana Arau

ARAU, 8 Julai – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis akan menyumbangkan sebanyak 1.5 tan metrik buah-buahan tempatan sempena penganjuran 10th World Cup Woodball Championship (WCWC) 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan dijadualkan 24 hingga 30 Julai 2026 di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP Kampus Alam Pauh Putra.
  • FAMA buat julung kali menyajikan buah tempatan seperti pisang berangan, rambutan dan durian kepada atlet.
  • Sajian buah disediakan untuk kira-kira 350 atlet daripada hampir 20 negara.
  • Simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan kepada Raja Muda Perlis semasa majlis Road To WCWC 2026 di Meeza Kitchen, Kampung Gial.

Acara itu dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 30 Julai 2026 di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

Menurut kenyataan Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan, buat julung kalinya FAMA akan menyajikan pelbagai buah-buahan tempatan seperti pisang berangan, rambutan dan durian kepada kira-kira 350 atlet yang dijangka menyertai kejohanan bertaraf dunia itu yang melibatkan penyertaan dari hampir 20 buah negara.

Perkara tersebut dipersembahkan oleh Mohd Anzara kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ketika Baginda bersama-sama Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan buah-buahan tempatan oleh FAMA sempena kempen Road To WCWC 2026 yang berlangsung di Meeza Kitchen, Kampung Gial, Arau, petang semalam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.