MARA sasar jualan 1 bilion ringgit menerusi ‘Gate to Global’

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki beramah mesra dengan penerima Pembiayaan Prin dan Premis di Program Himpunan Usahawan Johor 2026 di Johor Bahru – Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 8 Julai – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan nilai jualan satu bilion ringgit menerusi Program ‘Gate to Global‘ dalam tempoh lima tahun akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penglibatan 176 usahawan bumiputera menembusi pasaran antarabangsa untuk capai matlamat program.
  • MARA menggalakkan padanan perniagaan dan kerjasama antara usahawan mikro, kecil dan sederhana bagi meningkatkan keupayaan eksport.
  • MARA bertindak sebagai payung sokongan manakala MARA Corp dijangka menjadi peneraju usaha antarabangsa.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sasaran itu boleh dicapai melalui penglibatan 176 usahawan bumiputera yang menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, salah satu usaha membantu meningkatkan keupayaan usahawan adalah melalui padanan perniagaan.

“Mereka ini ada pelbagai kelompok dalam peringkat usahawan yang bersifat mikro, sederhana dan usahawan kecil. Kita nak setiap fasa ini mereka berjaya. Cara paling berkesan adalah dengan bekerjasama antara satu sama lain.”

“Saya tekankan MARA bersedia untuk menjadi payung bagi mereka dan MARA Corp boleh menjadi penerajuuntuk segala usaha yang kita lakukan ini,” katanya lagi.

Datuk Dr Asyraf Wajdi ditemui selepas merasmikan Program Himpunan Usahawan Johor 2026 di PERSADA Johor Bahru.

Tahun lalu, MARA mencatatkan nilai jualan terkumpul melebihi 100 juta ringgit menerusi program ‘Gate to Global‘ hasil kejayaan 50 usahawan menembusi pasaran antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.