fb fb fb fb fb

FAMA Perlis edar 300 pek bubur jagung, kempen 'Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan'

FOTO FAMA Perlis

KANGAR, 15 Mac- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis telah mengedarkan 300 pek bubur jagung bagi menggalakkan masyarakat mengambil buah buahan dengan variasi menu dan kaedah.

Usaha ini bagi menjayakan kempen 'Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan' kepada pengunjung Bazar Ramadan FAMA di Dataran MAIPs, Kangar.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan, sehingga kini FAMA Perlis telah melaksanakan sebanyak enam kali kempen tersebut.

Ini termasuklah kempen bersama Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Program Kayuhan Sentuhan Kasih FAMA di Agrobazaar Rakyat Nesam, Kempen Sempena Pesta Angin Timur, Sambutan Hari Wanita dan Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PERBAH).

Bazar Ramadan Dataran MAIPs adalah salah satu daripada tiga lokasi Bazar Ramadan FAMA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dapat memberi manfaat dan peluang perniagaan kepada 35 orang usahawan.

Edaran bubur jagung dijalankan Timbalan Pengarah Pembangunan, Mohd Fakrul Hayat Abdullah dan Timbalan Pengarah Operasi FAMA Negeri Perlis, Syamsul Hamri Muhammat Saleh yang turut disertai Exco Negeri, Izizam Ibrahim.

ROSLINA BINTI DIN