
KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.
RINGKASAN BERITA AI
- Pengiktirafan diharap menjadi pemangkin kepada kejayaan Datuk Ashwad yang lebih gemilang.
- Hantaran Facebook menyampaikan ucapan tahniah dan doa agar kejayaan terus meningkat.
- Datuk Ashwad antara 1,328 penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat sempena Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka.
Beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini berharap pengiktirafan itu menjadi pemangkin kepada Datuk Ashwad untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
“Tahniah Datuk Ashwad! Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang,” katanya.
Datuk Ashwad merupakan antara 1,328 penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran bersempena sambutan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam hari ini.