fb fb fb fb fb

Fahmi menghadap YDP P. Pinang persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan YDPA

Foto BERNAMA

BAYAN LEPAS, 6 Jun- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bakal mengadakan kunjungan menghadap Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini di kediaman rasmi di Seri Mutiara. 

Ia bertujuan mempersembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim yang dijadual 20 Julai depan di Istana Negara.

Kunjungan serupa turut dilakukan beliau, apabila terlebih dahulu menghadap Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Terdahulu, Fahmi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada pukul 8.30 malam tadi.

Dalam rangka lawatan kerja, Fahmi dijangka akan turut meluangkan masa menghadiri Program Sembang Santai Komuniti MADANI di Sungai Bakap, sebelum melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.

Artikel Berkaitan:
Istiadat Pertabalan Agong ke-17 di Istana Negara pada 20 Julai

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM