fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan sasar sifar miskin tegar hujung Jun ini

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 6 Jun- Kerajaan Negeri Sembilan mampu mencapai sasaran sifar miskin tegar menjelang hujung Jun ini.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program dengan menyediakan pekerjaan kepada kelompok miskin tegar.

Ketika ini, hanya 77 Ketua Isi Rumah (KIR) yang masih berada di dalam kelompok berkenaan.

Jelas beliau, dengan program penyediaan pekerjaan, sasaran sifar miskin tegar itu mampu dicapai.

"Tahun lepaspun ada, jadi tahun ini tersenarai semula, kita keluarkan semula.

"77 ini masih lagi bantuan itu belum mencukupi untuk mereka keluar... jadi insya-Allah bulan enam ini mereka boleh keluar daripada miskin tegar, melalui bantuan disediakan," katanya pada Sidang Media pasca Mesyuarat Mingguan Exco di sini.

Pada tahun ini juga, pusat kitar semula pandu lalu di kawasan komuniti iaitu program kitar semula barangan termasuk minyak masak mampu membantu golongan berkenaan untuk menambah pendapatan. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM